Popular Posts :
Home » , » Facebook Memperlihatkan Rekabentuk Pusat Data Mereka Kepada Umum

Facebook Memperlihatkan Rekabentuk Pusat Data Mereka Kepada Umum

Kamis, 14 April 2011 | 0 komentar

Walaupun banyak syarikat gergasi masih lagi merahsiakan rekabentuk pusat data mereka, ianya tidak bagi Facebook, dimana hari ini mereka mengumumkan yang mana mereka akan melepaskan pelbagai spesifikasi dan data-data berkaitan dibawah sebuah program yang dipanggil sebagai Open Compute Project.
Melalui pusat data mereka tersendiri, ianya lebih 38% efisyen berbanding apa yang mereka sewa sebelum ini. Facebook mengatakan yang mana rekabentuk pusat data mereka lebih menjimatkan penggunaan tenaga, disamping menyediakan kuasa yang baik untuk platform yang besar, seperti Facebook sendiri. Ianya juga telah mengurangkan kos operasi mereka sebanyak 24% berbanding sebelumnya.
Mungkin dengan ini, kita akan dapat melihat suatu revolusi baru dalam pembangunan pusat data seluruh dunia. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelbagai perkara teknikal, boleh ke halaman rasmi Open Compute Project, ataupunhalaman rasmi Facebook sendiri.
Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

 
Support : Indonesia Blogger | Eggy Prayogia Adistira | The Prayogia
| SUHE
Copyright © 2012. Eprayogia - All Rights Reserved
Template Modify by Eprayogia
Proudly powered by Eggy Prayogia Adistira